
Apa itu Apel.Q
Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kelayakan [APEL.Q] adalah proses penilaian pembelajaran (formal / tidak formal / bukan formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) untuk mendapatkan kelayakan akademik bagi program yang dimohon. Penekanan harus diberi kepada konsep utama APEL.Q iaitu penilaian ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalamannya dalam mencapai hasil pembelajaran atau badan pengetahuan sesuatu program.

Faedah Apel.Q
- Mengiktiraf pembelajaran yang diperoleh daripada pendidikan formal, pengalaman kerja dan kursus-kursus pendek yang diikuti.
- Mengurangkan pembelajaran berulang kepada pelajar.
- Menggalakkan kemasukan calon dewasa ke program pendidikan tinggi.
- Mengurangkan kos dan masa untuk memperoleh kelayakan akademik.

Siapa yang LAYAK memohon?
- Individu (warganegara & bukan warganeraga) yang memenuhi tempoh minimum pengalaman kerja yang relevan (>20 tahun bagi program peringkat sarjana)
Proses Apel.Q
Syarat Kelayakan Apel.Q
Tahap MQF | Sektor Akademik | Tempoh Minimun Pengalaman Bekerja dalam Bidang Berkaitan |
3 | Sijil | 5 Tahun |
4 | Diploma | 10 Tahun |
5 | Diploma Lanjutan | 12 Tahun |
6 | Sarjana Muda | 15 Tahun |
7 | Sarjana | 20 Tahun |
8 | Doktor Falsafah | 25 Tahun |
Instrumen Penilaian Apel.Q
No. | Instrumen Penilaian | Pemarkahan(%) |
1 | Portfolio | 20 |
2 | Field and Validation Visit(FVV) | 20 |
3 | Challenge Test | 30 |
4 | Capstone course(s) (Inclusive of comprehensive oral examination) |
30 |